MENU

NOTIS PEMBERITAHUAN
*******************************************
MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
81300 SKUDAI, JOHOR
*******************************************
KEPADA : SEMUA PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN DALAM KAWASAN
PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
TARIKH : 17 MAC 2020
SILA AMBIL PERHATIAN ! Sebagaimana kandungan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia berkaitan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, semua premis perniagaan adalah DIARAHKAN TUTUP sepanjang tempoh berkenaan KECUALI perniagaan yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara atau (“essential service”) seperti :
* Air
* Minyak
* Kesihatan
* Pembersihan
* Elektrik
* Gas
* Farmasi
* Peruncitan
* Tenaga
* Bahan Api
* Bomba
* Bekalan Makanan
* Telekomunikasi
* Pelincir
* Penjara
* Lapangan Terbang
* Pos
* Penyiaran
* Pelabuhan
* Pengangkutan
* Kewangan
* Keselamatan
* Pengairan
* Perbankan
* Pertahanan

Perintah larangan tersebut juga meliputi aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Oleh yang demikan, pentadbiran MBIP menyokong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan tersebut dan mengarahkan tuan/puan yang berkaitan supaya menutup premis perniagaan tuan/puan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Pengusaha premis perniagaan diminta mematuhi arahan ini selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342) dan Akta Polis 1967.
Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.

Dengan Arahan,
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

 

NOTIS PEMBERITAHUAN
*******************************************
MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
81300 SKUDAI, JOHOR
*******************************************
KEPADA : SEMUA PENJAJA/PENIAGA PASAR MALAM, PASAR PAGI, FOOD TRUCK DAN SEUMPAMANYA DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS
BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
TARIKH : 17 MAC 2020
SILA AMBIL PERHATIAN ! Sebagaimana kandungan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia berkaitan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, semua premis perniagaan adalah DIARAHKAN TUTUP sepanjang tempoh berkenaan KECUALI perniagaan yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara atau (“essential service”) seperti :
* Air
* Minyak
* Kesihatan
* Pembersihan
* Elektrik
* Gas
* Farmasi
* Peruncitan
* Tenaga
* Bahan Api
* Bomba
* Bekalan Makanan
* Telekomunikasi
* Pelincir
* Penjara
* Lapangan Terbang
* Pos
* Penyiaran
* Pelabuhan
* Pengangkutan
* Kewangan
* Keselamatan
* Pengairan
* Perbankan
* Pertahanan

Perintah larangan tersebut juga meliputi aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Oleh yang demikan, pentadbiran MBIP memutuskan untuk menutup semua aktiviti penjajaan, Pasar Malam, Pasar Pagi , Food Truck dan seumpamanya di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebagai menyokong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan tersebut bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Pengusaha dan peniaga diminta mematuhi arahan ini selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342) dan Akta Polis 1967.
Kerjasama dan tindakan tuan/puan dalam perkara ini diucapkan terima kasih.
Dengan Arahan,
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri