Secara ringkasnya, sejarah perkembangan awal Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ini bermula dengan penubuhan 8 buah Majlis Tempatan sekitar tahun 60an dibawah Town Board Enactment 118. Hasil daripada penduduk dan pertambahan pegangan maka pada 1 Mac 1978, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang merangkumi kawasan seluas 104.7 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 150,000 orang.