MENU

 

Selamat datang ke Laman Web Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. MBIP telah maju setapak lagi dengan penyediaan perkhidmatan Laman Webnya sendiri demi kemudahan dan keselesaan para penduduk khususnya kepada para pembayar cukai.

Kepercayaan pelanggan terhadap ketelusan pengurusan adalah sangat diutamakan oleh pihak MBIP. Oleh itu, pelanggan-pelanggan boleh terus melayari laman web ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat pengurusan Majlis di dalam semua sektor dengan cepat dan tepat termasuklah pembangunan hartanah, perlesenan, penilaian cukai harta, perkhidmatan kewangan, aduan awam dan sebagainya.

Keupayaan Laman Web ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa termasuklah dari segi penyediaan perkhidmatan yang interaktif pada masa hadapan seperti permohonan layout, pembangunan GIS, pengurusan perumahan, industri, perniagaan dan pelancongan yang terdapat di kawasan MBIP.

Dalam usaha untuk mempermudahkan pelanggan menjalankan transaksi seperti membuat pembayaran kepada Majlis, satu sistem pembayaran secara talian juga telah dibangunkan melalui usahasama MBIP  bersama dengan pihak Maybank yang dikenali sebagai Maybank 2U.Com.

Pihak MBIP akan lebih proaktif dalam merancangkan pembaharuan-pembaharuan pada masa akan datang dan Insya-Allah dengan berkat kerjasama bersepadu daripada semua pihak, usaha-usaha ini pasti akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh warga Iskandar Puteri untuk terus memberikan sokongan kepada pihak MBIP ke arah matlamat menjadikan Majlis Perbandaran Iskandar Puteri sebagai Organisasi peneraju kemajuan, efektif dan berwibawa di dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan secara tidak langsung dapat membantu menjanakan pembangunan ekonomi.

Akhir kata, selamat melayari Laman Web MBIP dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah memajukannya melalui Laman Web ini untuk tindakan kami. Kami juga mengalu-alukan idea-idea konstruktif dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan Laman Web ini demi kebaikan kita bersama.

Sekian, salam hormat. Terima Kasih.

TUAN HAJI ADIB AZHARI BIN DAUD
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri