MENU

SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI HARTA?

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sedang giat dalam menjalankan Operasi Pecah Buka ke atas rumah kosong yang mempunyai tunggakan cukai harta yang tinggi di kawasan terpilih.  Operasi ini adalah merujuk kepada Waran Tahanan F, Sek 148 (3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Seramai 20 orang kakitangan dari Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Penilaian telah bersama-sama dalam Operasi Pecah Buka ini. Sehubungan ini, MBIP menyeru dan menyarankan kepada semua pemilik harta supaya menjalankan tanggungjawab bagi menjelaskan bayaran cukai dengan segera bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)