Anugerah

ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2022

MBIP dianugerahkan sebagai Bandaraya Mampan 2022 dan dinobatkan sebagai antara 10 bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi di Malaysia. Anugerah Mampan 2022 telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 3/2022 yang berlangsung pada 13 Disember 2022. Walaupun terdapat kekangan semasa Pandemik Covid-19 pada tahun 2021, MBIP terus komited bersama-sama pihak agensi dan komuniti yang terlibat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program-program pembangunan sepertimana yang telah dirancang dan secara tidak langsung mendukung 10 keutamaan bagi mencapai matlamat Pembangunan Mampan / Sustainable Development Goals (SDGs) di peringkat global.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri