Anugerah

ANUGERAH GREEN ACCORD INITIATIVE AWARD (GAIA) 2021/2022

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menerima Anugerah Penghargaan kerana telah memberi sokongan dan penyertaan dalam program GAIA serta usaha menghijaukan Johor dan mewujudkan masyarakat rendah karbon.
Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Medini Iskandar telah diberi pengiktirafan dan penghargaan Special Mention In Green Accord Initiative Award (GAIA) 2021/2022 sempena GREEN ACCORD INITIATIVE AWARD (GAIA) 2021/2022 yang telah dianjurkan oleh pihak Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan disampaikan oleh YB Tuan Raven Kumar a/L Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor pada 17 Oktober 2022 bertempat di Opero Hotel, Johor Bahru.

MBIP akan menjadikan penghargaan ini sebagai pemangkin dan pemberi semangat agar dapat terus meneraju pelaksanaan teknologi hijau dan mampan serta komited dalam mencapai wawasan Iskandar Malaysia Rendah Karbon 2025 serta seiring dengan Visi MBIP untuk menjadi BANDARAYA PINTAR, MAMPAN DAN SEJAHTERA.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri