Anugerah

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2022

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah PERAK sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. (AIGA) 2022 merupakan salah satu inisiatif Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam usaha menerapkan dan memperkasakan integriti dan tata kelola baik khususnya dalam organisasi awam dan swasta sebagai pengiktirafan dan penghargaan di atas komitmen dalam membudayakan dan mengamalkan integriti di dalam organisasi. AIGA juga adalah salah satu daripada pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam usaha memperkasakan peranannya sebagai peneraju utama pembudayaan dan penerapan nilai-nilai integriti dan tadbir urus bagi rakyat Malaysia. Anugerah ini juga memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam menzahirkan pembudayaan amalan integriti, governans dan antirasuah yang lebih cekap selain menunjukkan keupayaan, kemampuan, komitmen dan kesungguhan pihak MBIP dalam usaha pelaksanaan sistem kawalan pengurusan risiko dan pencegahan rasuah.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri