Anugerah

ANUGERAH KHAS SISTEM ADUAN ATAS TALIAN (DASHBOARD SISPAA MBIP) GEOINNOVATION AWARD

Portal Iskandar Puteri 'zero delay' complaint management system aka dashboard SISPAA Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah diiktiraf di ESRI. Pada 25 Mei 2022, bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur, Yang Berhormat Dato' Haji Haffiz bin Haji Ahmad,Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menerima anugerah MALAYSIA GEOINNOVATION AWARDS 2021 KALI KE-2.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mulakan langkah digitalisasi dataset majlis melalui teknologi GIS yang digunapakai secara meluas sejak tahun 2003 kerana majlis percaya perkhidmatan kepada rakyat perlu disalurkan meliputi dalam dan luar bandar.
MBIP telah membuktikan sekali lagi kredibiliti apabila berjaya memenangi anugerah GeoInnovation Award peringkat kebangsaan. Projek yang dikenali sebagai Dashboard SISPAA - Sistem Pengurusan Aduan Awam ini adalah satu projek usahasama dengan pihak IRDA dan Foreign, Commonwealth & Developmeny Office UK. Projek ini telah melanjutkan penggunaan data aduan yang direkod dalam Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri