Anugerah

ANUGERAH LENCANA MITIGASI-PENYESUAIAN

MBIP MENERIMA ANUGERAH LENCANA MITIGASI-PENYESUAIAN DI BENGKEL PENUTUP GCOM ASIA 2024
MBIP dengan bangganya telah menyertai Bengkel Penutup GCoM Asia 2024 dan Majlis Penganugerahan Lencana GCoM 2023 yang diadakan pada 12 - 13 Jun 2024 di Bangkok, Thailand. MBIP berbesar hati menerima Anugerah Lencana Mitigasi-Penyesuaian (Adaptasi), mengiktiraf pencapaian besar MBIP dalam langkah-langkah menangani masalah perubahan iklim.
Sebagai salah satu bandaraya yang menjadi Penandatangan GCoM di Asia Tenggara, anugerah ini menekankan komitmen MBIP untuk memajukan tindakan iklim dalam tiga bidang utama: mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, menyesuaikan diri dengan risiko perubahan iklim, dan meningkatkan akses kepada tenaga bersih dan mampu milik. Kemajuan MBIP telah diiktiraf melalui sistem lencana yang dikongsi dengan komuniti global.
Anugerah ini diberikan dan disaksikan di hadapan wakil-wakil dari Kesatuan Eropah, GCoM Asia Selatan, GCoM Asia Tenggara, dan GCoM Asia Timur yang merangkumi lebih daripada 100 wakil daripada setiap bandar, seperti Datuk Bandar, dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Bersama-sama, MBIP akan terus membuat kemajuan ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan untuk Iskandar Puteri.

#MBIP #GCoMAsia #TindakanIklim #IPRK #IPCAP2030 #IskandarPuteri #PerubahanIklim











PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri