Anugerah

ANUGERAH PENGHARGAAN KHAS

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah Penghargaan Khas pada Majlis Anugerah Penghargaan Pencapaian Pengurusan Sisa oleh Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) di Impiana Hotel Ipoh, Perak.

Penghargaan yang telah diterima MBIP adalah atas penglibatan aktif di dalam bidang alam sekitar, pendidikan dan kesedaran awam iaitu menerusi bidang pengurusan sisa mampan di bawah penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon (GKIPRK) dan Pertandingan Kalendar Iskandar Puteri Rendah Karbon serta aktiviti kitar semula pandu lalu, Pandu Lalu Iskandar Puteri Rendah Karbon.

Usaha bagi membangunkan masyarakat rendah karbon di bawah Kerangka Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) adalah bersama-sama dengan rakan strategik seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), SWM Environment Sdn Bhd serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Selain itu, tiga lagi PBT Johor turut menerima penghargaan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Muar (MPM) & Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri