Anugerah

MAJLIS MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT NEGERI JOHOR 1446H/2024M

16 September 2024
Masjid Bandar Kota Tinggi, Johor

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah memenangi 2 kategori pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi dalam Majlis Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Johor 1446H/2024M bertempat di Majid Bandar Kota Tinggi, Johor pada 16 September 2024.

Kategori yang dimenangi adalah, Kontinjen Perarakan Terbaik Kategori Agensi Kerajaan dan Kontinjen Teramai Kategori Umum yang melibatkan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan MBIP sendiri.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan diterima oleh Datuk Bandar MBIP, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri