Anugerah

MBIP TERIMA PENGIKTIRAFAN PBT CEMERLANG PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL (PPAT) JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 2024

8 Oktober 2024 | Bangi Avenue Convention Centre

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Pengiktirafan PBT Cemerlang Program Pemantauan Audit Teknikal (PPAT) sempena Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT Tahun 2024 dengan tema 'Persekitaran Lestari Pemacu Malaysia Madani'.
Program Penilaian Audit Teknikal Kesihatan Persekitaran tersebut telah dijalankan pada 11 Jun 2024 yang lalu.
Antara program Kesihatan Persekitaran yang telah diaudit adalah kawalan denggi, kawalan tikus, kawalan kebersihan pasar awam, pengurusan pasar malam, kawalan haiwan terbiar, kawalan kebersihan tandas serta kawalan dan keselamatan makanan.
Diharap agar MBIP terus cemerlang dalam menjalankan dan menyampaikan perkhidmatan berkaitan kesihatan persekitaran. Agenda kesihatan persekitaran ini perlu dititikberatkan demi menjaga kelestarian warga Iskandar Puteri.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri