Anugerah

MIP PLANNING EXCELLENCE AWARD 2022

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui kerjasama strategik membabitkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan SWM Environment Sdn Bhd di bawah inisiatif Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) telah menerima penghargaan di peringkat kebangsaan. MIP Planning Excellence Award 2022 yang dianjurkan pada 16 Januari 2023 di Majestic Hotel Kuala Lumpur telah menganugerahkan MBIP dengan Bronze Winner under the Low Carbon Planning Award (City Category). Melalui projek Iskandar Puteri Rendah Karbon -Build Agile Community and Sustainable Cities from Within . IPRK dirangka bagi menterjemah Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Puteri 2025 yang dilancarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada tahun 2015 dalam usaha memangkin sikap dan peranan masyarakat terhadap usaha pengurangan karbon global bagi mendepani krisis perubahan iklim dan pemanasan suhu global. Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan strategik, komuniti dan semua yang terlibat.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri