Anugerah

NATIONAL SCROLL OF HONOUR AWARD FOR HUMAN SETTLEMENT 2023

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dianugerahkan Tempat Pertama dalam 'National Scroll of Honour Award for Human Settlement 2023' bersempena Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

'National Scroll of Honour Award for Human Settlement 2023' merupakan satu bentuk penganugerahan peringkat kebangsaan kepada individu atau organisasi yang telah menyumbang kepada pembangunan petempatan manusia seperti menambah baik kualiti kehidupan di bandar dan membantu komuniti menjana pendapatan.

MBIP telah meneruskan usaha memperkasa peranan warga bandaraya bagi mengurangkan pelepasan karbon dan mendepani perubahan iklim menerusi penganugerahan kepada Projek Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK).

IPRK merupakan kerangka bagi menterjemah Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030 dengan sokongan rakan-rakan strategik seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment).


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri