Anugerah

REGIONAL CENTER OF EXPERTISE (RCE) AWARDS 2023

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah RCE 2023 bagi kategori Outstanding Flagship Project melalui Inisiatif Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK). Inisiatif ini turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan strategik seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan SWM Environment yang begitu komited untuk meningkatkan dan mengiktiraf usaha rendah karbon dalam kalangan komuniti Iskandar Puteri.

Anugerah ini adalah pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang menonjolkan projek dan program yang menghubungkan perspektif tempatan dan global dalam pembangunan mampan, melibatkan pembelajaran dan penyelidikan transformasi, serta inisiatif yang menyumbang kepada penglibatan komuniti, penyelidikan & pembangunan, dan pembangunan kapasiti para pihak berkepentingan dan rakan kongsi.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri