Anugerah

SAG AWARD SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS 2022

MBIP Menerima Anugerah Special Achievement In GIS (SAG) 2022 Sempena ESRI User Conference di San Diego, Amerika Syarikat Pengurusan MBIP telah menggunakan teknologi GIS dalam menguruskan data pembangunan semenjak tahun 2003. Seiring dengan kepesatan pembangunan dan peningkatan jenis perkhidmatan yang diberi kepada penduduk, kuantiti dan kualiti data pangkalan data geografi MBIP telah berkembang mengikut zaman. Kini, pangkalan data geografi MBIP yang mengguna teknologi Enterprise GIS telah mengarkibkan 28 jenis data di bawah 5 tema utama bagi seluruh MBIP yang berkeluasan 402 kilometer persegi. Usaha pendigitalan perkhidmatan melalui penerapan teknologi GIS dalam operasi harian, data terbuka untuk komuniti, dashboard yang memantau prestasi jabatan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. MBIP merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di Malaysia menerima SAG daripada Presiden dan Pengasas ESRI Inc., Mr Jack Dangermond. MBIP merupakan organisasi yang dipilih daripada 300,000 organisasi sedunia yang menggunakan teknologi GIS. Persidangan tersebut telah diadakan daripada 11 hingga 15 Julai 2022 di San Diego, Amerika Syarikat dengan kehadiran 14,994 pengguna daripada 142 negara secara fizikal dan 16,596 secara atas talian.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri