Misi & Visi ANULAE MBIP

MISI
ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja Unggul Bagi Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan.


VISI
Komited Dalam Memperjuangkan Hak Serta Kepentingan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan.


OBJEKTIF

Berfungsi Sebagai Rakan Kongsi Kepada Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Di Dalam Usaha untuk Mewujudkan Tadbir Urus Yang Cemerlang, Gemilang SertaTerbilang Kearah Peningkatan Kualiti Dan Produktiviti.


TUJUAN PENUBUHAN

  • Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja , masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut.
  • Mengatur perhubungan antara pihak majikan dan pekerja.
  • Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli.
  • Menganjurkan kursus, seminar dan dialog.
  • Meningkatkan kecekapan serta disiplin dikalangan ahli.
  • Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi rintangan sosial.


HALA TUJU

  • Melaksanakan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Yang Berkualiti, Cekap Dan Berkesan.
  • Merancang Serta Melaksana Program Pendidikan Dan Pembelajaran Secara Berterusan.
  • Melaksanakan Usaha Bagi Menambah Bilangan Cawangan/Kawasan Serta Meningkatkan Bilangan Keahlian Kesatuan.
  • Memperkasa Hubungan Rakan Kongsi Bijak.
  • Menyelaras Serta Menyelenggara Kes Perkhidmatan Ahli Secara Lebih Berkesan.
  • Meningkatkan Sumber Pembiayaan Kesatuan Termasuk Melaksanakan Perbelanjaan Secara Berhemah.
  • Mengekal Serta Meningkatkan Produk Kebajikan Untuk Ahli.


PENGLIBATAN PEGAWAI/AHLI ANULAE DALAM KESATUAN GABUNGAN

  • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam kumpulan Sokongan (MBK S&T).
  • Majlis Bersama Kebangsaan bagi pekerja-pekerja Am dalam kumpulan Sokongan (MBK AM).
  • Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).


AGENDA WAWASAN

  • Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan di peringkat Negeri.
  • Penubuhan forum perundingan Majlis Bersama Negeri (MBN).
  • Penubuhan Majlis Bersama Jabatan-KPKT dengan ANULAE Semenanjung Malaysia.
  • Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Penganjuran Konvensyen Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Mempertahan serta mengekalkan keunggulan ANULAE sebagai Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bagi pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan.


GABUNGAN BERSAMA CUEPACS/FORUM PERUNDINGAN

ANULAE telah bergabung dengan CUEPACS bertujuan untuk bersama-sama menangani masalah dan isu perkhidmatan ahli-ahli Kesatuan khususnya dan kaum pekerja sektor awam amnya. Beberapa isu dan masalah ahli dan kaum pekerja sektor awam ini telah dibawa ke forum-forum perundingan seperti:-

  • Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
  • Majlis Bersama Jabatan (MBJ) (3 bulan sekali).
  • Persidangan Perwakilan Tri- Tahunan.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Agung (EXCO)) (3 bulan sekali).
  • Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan (3 bulan sekali).
  • Mesyuarat Perunding Perbandaran dan Majlis Daerah.


PERATURAN KESATUAN ANULAE

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri