Activity Calendar

Takwim
March 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
PROGRAM PENYEDIAAN BATAS ORGANIK MENGGUNAKAN TEKNIK
PROGRAM PENYEDIAAN BATAS ORGANIK MENGGUNAKAN TEKNIK "KULTUR HUGEL" DI HUTAN BANDAR MBIP MUTIARA RINI.
2 MAC 2024 | SABTU

Unit Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Mutiara Rini telah bekerjasama dengan Dr. Huszalina Binti Hussin dari Jabatan Biosains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjayakan Program Penyediaan Batas Organik Menggunakan teknik Kultur Hugel bagi menyampaikan penerangan secara teori dan praktikal sepanjang program di jalankan.

Program ini bertujuan bagi pengenalan teknik penanaman baharu kepada pihak komuniti untuk mencuba dan dipraktikkan. Kaedah ini merupakan salah satu teknik yang menggunakan bahan-bahan semula jadi serta sisa makanan bagi menghasilkan medium tanaman yang lebih berkualiti.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan dihadiri seramai 64 orang dari pelbagai kategori dan peringkat umur iaitu dari kalangan komuniti setempat (Pulai Perdana, Kenari Kangkar Pulai, Alpine Sdn Bhd, Bukit Indah), pelajar dan guru sekolah (Sekolah Kebangsaan Mutiara Rini Utama). Penghargaan diberikan kepada pihak UTM, sukarelawan IPAC, Edible Park dan sumbangan sisa makan dari pihak Sunway City Iskandar Puteri atas kerjasama yang diberikan.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada setiap peserta dan perkongsian ilmu ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.







AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council