Activity Calendar

Takwim
March 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
10 Mac 2024 | Ahad
WISMA MBIP SKUDAI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama rakan strategik CBH Recycle Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang mengadakan Program Pandu Lalu Kitar Semula @ Drive To Save bertempat di Wisma MBIP Skudai.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari warga kerja MBIP serta penduduk sekitar dan berjaya mengumpul sebanyak 9,648 kg barangan recycle terdiri daripada pelbagai jenis sampah seperti e-waste, plastik, kertas, karton, besi, aluminium, minyak masak terpakai, fabrik dan banyak lagi. Selain itu juga, sebanyak 20,0039kg Co2 telah berjaya diselamatkan.
Untuk makluman, program ini akan dilaksanakan secara berterusan pada setiap bulan. Bagi bulan April 2024, Drive To Save akan dilaksanakan bertempat di Dewan Taman Pulai Indah. Oleh itu orang ramai terutamanya penduduk sekitar kawasan MBIP marilah bersama-sama turut serta menjayakan program ini dengan menghantar barangan kitar semula Demi Masa Depan Generasi Akan Datang!!
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan mengamalkan budaya kitar semula. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan. Kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
AYUH KITA!!!

#RecycleDon’tWaste





AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council