Activity Calendar

Takwim
March 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
OPERASI BERSEPADU OPS-REDAH 2.0 TAMAN UNGKU TUN AMINAH
OPERASI BERSEPADU OPS-REDAH 2.0 TAMAN UNGKU TUN AMINAH
Bermula 4 Mac 2024 | Isnin
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan operasi bersepadu OPS-REDAH 2.0 di Jalan Pendekar dan Jalan Hulubalang, Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) melibatkan premis kormersial.
Antara yang dijalankan dalam operasi ini adalah termasuk kerja-kerja pemantauan, perobohan, dan pembersihan. Operasi ini dijayakan oleh Jabatan Bangunan MBIP dengan kerjasama padu dari pasukan yang dianggotai oleh 95 pegawai dari jabatan dalaman MBIP dan agensi-agensi luar.
Terdahulu tindakan pemantauan telah dijalankan seawal 7 Jun 2023. Tindakan pemantauan ini bagi memberi peluang dan memastikan pemilik perniagaan mematuhi undang-undang sebelum sebarang tindakan pematuhan dikenakan.
Sebanyak 164 premis telah diberi dinotis dan sejumlah 177 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seksyen 46, 72, dan 70(12) dibawah Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974.
Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik perniagaan sentiasa mematuhi undang-undang.
Selain itu, kiosk "Jom Bersama MBIP" juga dibuka untuk memudahkan orang ramai bertemu dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan setempat.






AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council