Activity Calendar

Takwim
March 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
MENJUNJUNG TITAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR
MENJUNJUNG TITAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR
20 Mac 2024 | Rabu
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menjunjung titah DYAM Pemangku Sultan Johor bagi terus mempertahankan kemuliaan agama Islam di Negeri Johor.
Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan Awam dan Jabatan Bangunan MBIP telah menjalankan pemeriksaan secara serentak di 17 buah premis KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di dalam kawasan MBIP iaitu antaranya adalah di Taman Ungku Tun Aminah, Taman Bukit Indah, Taman Perling dan lain-lain premis di sekitar Kawasan MBIP.
Hasil dari pemeriksaan bagi kesemua 17 premis KK Supermart & Superstore Sdn Bhd tersebut telah mendapati tiada lagi penjualan atau peyimpanan stoking yang menulis kalimah ALLAH. MBIP memandang berat dan serius perkara ini bagi menjaga kemuliaan agama Islam di Negeri Johor.
Walaubagaimanapun, pemeriksaan juga mendapati terdapat beberapa pelanggaran syarat yang telah dibuat oleh beberapa pasaraya tersebut dan MBIP telah mengeluarkan notis serta-merta terhadap pelanggaran yang dibuat oleh premis pasaraya yang terlibat.
MBIP juga akan membuat pemantauan secara berkala dan berterusan bagi mengelakkan situasi seperti ini berulang. Sekiranya terdapat mana-mana premis yang melakukan perkara seperti yang telah berlaku, MBIP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas selanjutnya.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor










AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council