Activity Calendar

Takwim
March 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
TOWNHALL PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 BAGI TAHUN 2024
TOWNHALL PROGRAM KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 BAGI TAHUN 2024
25 Mac 2024 | Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
Townhall Program Kelestarian Pendidikan LA21 bagi Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Puan Hajah Khasanah binti Sufa'at @ Supaat, Setiausaha MBIP berserta barisan Ahli Majlis MBIP, dan telah menerima kunjungan yang amat menggalakkan daripada kalangan warga pendidik, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendidikan Islam Daerah, SWM(E) Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Program Kelestarian Pendidikan LA21 menekankan beberapa objektif yang mana antaranya ialah meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran, menggalakkan pelaksanaan aktiviti mesra alam dengan berkesan, meningkatkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar, serta mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Oleh itu, MBIP dengan sokongan segenap lapisan masyarakat, keterlibatan komuniti, dukungan warga pendidik dan ampuhnya tonggak pucuk pimpinan, bakal melancarkan Program Kelestarian Pendidikan LA21 tahun 2024 peringkat MBIP ke arah menuju bandaraya mampan dan sejahtera.
“Harum Sungguh Bunga Melati,
Redup Tumbuh Tepi Perigi,
Harum Mewangi Iskandar Puteri,
Rakyat Hidup Aman Lestari”









AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council