Activity Calendar

Takwim
January 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE ARAH PENSIJILAN STANDARD ISO 45001 : 2018




MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE ARAH PENSIJILAN STANDARD ISO 45001 : 2018

MS ISO 45001:2018 adalah Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, mentakrifkan rangka kerja MBIP yang memfokuskan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua kakitangan MBIP. Di dalam sistem pengurusan ini ia merangkumi peraturan, dasar, proses, pelan serta cara mengawal atau mencegah hazard dalam memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin. Dengan adanya sistem ini ianya dapat meminimumkan dan mencegah risiko di tempat kerja.

Tujuan pelaksanaan MS ISO 45001:2018 adalah untuk mengurangkan hazard berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan dan secara tidak langsung dapat mencegah kemalangan di tempat kerja. Pelaksanaan sistem ini juga dapat meningkatkan imej MBIP di kalangan pemegang taruh dimana ia menunjukkan tahap keseriusan pihak pengurusan MBIP dalam mengambil berat soal kesihatan dan keselamatan pekerjaan kakitangan MBIP serta semua pemegang taruh. Dalam pada itu, ia juga dapat meningkatkan mutu tenaga kerja dalam organisasi serta dapat membina hubungan baik antara pelanggan, pelabur dan komuniti.

Oleh yang demikian, diharapkan semua warga MBIP dapat menyambut baik usaha murni pihak pengurusan MBIP ke arah pensijilan MS ISO 45001:2018 sekaligus meningkatkan aspek berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja secara proaktif dan responsif.

#MajuJohor
#BangsaJohor

AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council