Takwim
Monday | Tuesday | Wednesday | Thursday | Friday | Saturday | Sunday |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
OPERASI BERSEPADU JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
27 MAC 2024 | RABU
Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan tindakan operasi bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi memastikan bulan Ramadan yang penuh berkat ini tidak dicemari oleh aktiviti yang tidak bermoral.
Hasil daripada operasi tersebut sebanyak 4 premis perniagaan telah diperiksa dan 1 kompaun serta 1 notis henti niaga (NHN) telah dikeluarkan oleh anggota penguatkuasaan MBIP di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBIP) 2018. Tindakan notis juga telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa JAINJ terhadap 8 orang yang dituduh melakukan kesalahan dengan membeli makanan dan minuman di bulan Ramadan.
Untuk makluman semua, waktu operasi perniagaan yang ditetapkan adalah bermula 3.00 petang hingga 5.00 pagi bagi peniaga makanan beragama Islam sepanjang bulan Ramadan.