Activity Calendar

Takwim
January 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
MAJLIS PENUTUP MISI PASCA BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS ISKANDAR PUTERI KE DAERAH KOTA TINGGI 2024
MAJLIS PENUTUP MISI PASCA BANJIR SOUTHERN VOLUNTEERS ISKANDAR PUTERI KE DAERAH KOTA TINGGI 2024

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor

Hari kelima - Majlis Penutup Misi Pasca Banjir Southern Volunteers Iskandar Puteri ke Daerah Kota Tinggi telah berlangsung pada tengah hari ini, maka dengan secara rasminya tamatlah sudah misi bantuan bencana yang pertama untuk tahun 2024.

Majlis ini dihadiri oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor bersama-sama YB Dato’ Haji On bin Jabbar@Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, belia dan sukarelawan), YBhg Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi dan Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi.

Sijil penghargaan disampaikan kepada Southern Volunteers yang terdiri daripada Southern Volunteers Negeri Johor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Kerajaan, Organisasi Bukan Kerajaan, Agensi swasta, Universiti Pendidikan serta Badan-badan pertubuhan.

Misi #KotaTinggiBersih terlaksana dengan keberhasilan jumlah penyertaan seramai 3,877 sukarelawan dan jumlah kutipan sampah sebanyak 300,000 kg sepanjang tempoh 5 hari misi berlangsung. Kerjasama yang diberikan oleh para sukarelawan sangat membanggakan yang mana mereka bertungkus lumus bagi membantu Kota Tinggi kembali pulih.
Semoga kerjasama yang terjalin ini akan berterusan pada masa akan datang.
Setinggi Penghargaan diucapkan kepada Southern Volunteers Iskandar Puteri










AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council