Activity Calendar

Takwim
January 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
OPERASI TUNDA KENDERAAN TERBIAR OLEH JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
OPERASI TUNDA KENDERAAN TERBIAR OLEH JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

Operasi menunda kenderaan terbiar telah dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berdasarkan aduan awam yang diterima serta pemantauan oleh Unit Tunda Jabatan Penguatkuasaan MBIP.

Sebanyak 3 buah kenderaan terbiar telah diberikan Notis Memindah Halangan sebelum tindakan tunda kenderaan tersebut dijalankan oleh Unit Tunda MBIP.

Tindakan dilakukan di bawah Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu mana-mana orang yang meletakkan atau menyebabkan diletak kayu-kayan, besi sekerap, kereta buruk atau apa-apa bahagiannya, bahan buangan atau benda atau barang lain di mana-mana tempat awam.

Kesemua kenderaan tersebut telah dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan MBIP, Taman Damai Jaya. Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.









AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council