Activity Calendar

Takwim
January 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
OPS RENTAP OPERASI BERSEPADU GEMPUR “PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING”
OPS RENTAP
OPERASI BERSEPADU GEMPUR “PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING”

Susulan satu video tular di "Facebook" bertarikh 25 Disember 2023, berkaitan isu Koloni Warga Asing di Gelang Patah, satu operasi bersepadu yang diketuai oleh Pengarah Penguatkuasaan MBIP telah menggempur premis perniagaan warga asing di Taman Nusa Perintis, Gelang patah.
Operasi RENTAP ini telah dilaksanakan dengan kekuatan seramai 200 anggota yang terdiri daripada Jabatan Imigresen Negeri Johor (JIM), PDRM serta MBIP.

Dalam operasi ini sebanyak 22 premis perniagaan dan 7 unit rumah kedai (tingkat atas) yang dijadikan asrama telah diserbu. Sebanyak 22 lesen perniagaan telah turut dirampas di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) 2018. Selain itu juga, dicadangkan untuk penggantungan atau pembatalan lesen tersebut. Premis-premis ini didapati bersalah kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MBIP iaitu menyewakan premis perniagaan kepada warga asing.

Manakala, sebanyak 3 tawaran kompaun dan 1 Notis Memindah Halangan telah dikeluarkan oleh Jabatan Penguatkuasaan MBIP. Jabatan Perancangan Pembangunan MBIP juga turut mengeluarkan notis peringatan kepada 4 unit premis yang dijadikan asrama pekerja-pekerja warga asing tanpa kebenaran. Pihak Imigresen Malaysia telah melakukan pemeriksaan ke atas 236 warga asing dan telah menahan seramai 67 daripada mereka yang telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Tambahan pada operasi tersebut, pihak PDRM telah menyita 2 buah motosikal dan sebuah kereta milik warga asing yang disyaki kenderaan curi.







AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council