Activity Calendar

Takwim
January 2024
MondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturdaySunday
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
LAWATAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU KUALA SELANGOR KE HUTAN BANDAR MBIP, TAMAN MUTIARA RINI, SKUDAI, JOHOR.
Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Mutiara Rini telah menerima kunjungan dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor yang terdiri daripada 12 orang guru dan 76 orang murid Tahun 6.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pengalaman baharu serta perkongsian ilmu kepada para guru dan murid berkenaan kelestarian flora dan fauna yang terdapat di Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini. Tetamu kunjungan juga turut berpeluang menerokai sekitar arboretum untuk melihat dan merasai ekosistem hutan semulajadi yang terdapat di Hutan Bandar. Selain itu, pengisian program juga melibatkan acara penanaman pokok yang dijalankan oleh para guru dan murid yang secara tidak langsung dapat memberi keterujaan kepada murid-murid untuk mempelajari teknik penanaman pokok serta dapat mengenali spesis-spesis tumbuhan yang kian sukar untuk dijumpai.

Semoga Lawatan ini memberikan satu memori indah serta kesedaran kepada para peserta untuk lebih menghargai nilai keindahan dan keistimewaan alam semula jadi yang terdapat di negara kita.
















AGENCY LINKS

Best view using the latest browsers such as Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari with a minimum resolution of 1280 X 720 pixels

Copyright © 2024 Iskandar Puteri City Council