Takwim
Monday | Tuesday | Wednesday | Thursday | Friday | Saturday | Sunday |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 |
AKTIVITI EDARAN RISALAH TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
AKTIVITI EDARAN RISALAH TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
26 FEBRUARI 2024 | SELASA
Jabatan Kesihatan Awam MBIP giat menjalankan aktiviti edaran Risalah Tanggungjawab Menjaga Kebersihan sempena Kempen Johor Bersih. Aktiviti ini telah dilaksanakan di Pasar Malam Jalan Medan Nusa Perintis 6, Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.
Objektif utama aktiviti ini ialah untuk menyemarakkan peranan serta tanggungjawab sosial dalam menjaga kebersihan dan kesihatan persekitaran termasuk larangan penggunaan polisterin dan straw, amalan kitar semula, pembasmian denggi (dengue combat) serta Kempen Johor Bersih yang sedang giat dilaksanakan.
Jutaan terima kasih kepada para penjaja Pasar Malam Jalan Medan Nusa Perintis 6, Taman Nusa Perintis, Gelang Patah dan pengunjung memberi sokongan penuh kepada aktiviti yang dijalankan.