KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
KEMPEN BEBAS POLISTERIN, PEMBERIAN STRAW ATAS PERMINTAAN, TATACARA PENGENDALIAN MAKANAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI BAZAR RAMADAN & BAZAR RAYA SEMPENA JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2024
KEMPEN BEBAS POLISTERIN, PEMBERIAN STRAW ATAS PERMINTAAN, TATACARA PENGENDALIAN MAKANAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI BAZAR RAMADAN & BAZAR RAYA SEMPENA JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2024
16 Mac 2024 | Sabtu
Bazar Ramadan Jalan Layang 16, Taman Perling & Tapak Kopi Park, SMK Taman Nusajaya
Pihak Jabatan Kesihatan Awam MBIP sedang giat menjalankan Kempen Johor Bersih sepanjang bulan Ramadan termasuk di bazar Ramadan dan bazar raya di dalam kawasan pentadbiran MBIP.
Kempen ini telah dijalankan di Bazar Ramadan Jalan Layang 16, Taman Perling & Tapak Kopi Park, SMK Taman Nusajaya yang melibatkan seramai 50 & 60 orang peniaga bazar Ramadan.
Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada para peniaga mengenai larangan mandatori penggunaan polisterin, pemberian straw atas permintaan, tatacara pengendalian makanan dan pengurusan sisa pepejal dengan lebih sempurna.
Kempen ini juga telah mendapat sambutan positif dan kerjasama yang baik daripada pihak peniaga mahupun pengunjung. MBIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peniaga dan pengunjung bazar Ramadan di atas sokongan penuh yang telah diberikan.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri