KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
SESI PENGHARGAAN GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON 3.0, SESI TAKLIMAT PEMBUKAAN DAN SESI KONSULTASI GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON 4.0
SESI PENGHARGAAN GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON 3.0, SESI TAKLIMAT PEMBUKAAN DAN SESI KONSULTASI GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON 4.0
17 Mac 2024 | Ahad
Dewan Auditorium MBIP, Bangunan Pejabat MBIP, Medini
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama-sama rakan strategik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), dan SWM Environment Sdn Bhd telah menganjurkan Sesi Taklimat Penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 dan sesi konsultasi bersama warga pendidik dan komuniti di kawasan pentadbiran MBIP.Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) merupakan suatu platform yang dibangunkan oleh Rakan Strategik MBIP dalam usaha mendidik, memberikan motivasi, libat urus dalam menjalankan inisiatif rendah karbon bagi memangkin perubahan tingkahlaku dan meningkatkan kehidupan berkualiti penduduk Iskandar Puteri dalam merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan 2030, (Sustainable Development Goals), Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030, dan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030. Antara bidang utama yang ditawarkan dalam penawaran Geran Komuniti IPRK 4.0 ini adalah Infrastruktur Pintar dan Hijau, Pengurusan Sisa Mampan, Pertanian dan Sekuriti Makanan, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar dan Kejiranan Selamat.
Selain itu, sesi pembentangan oleh wakil setiap bidang utama bagi projek Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 3.0 telah dijalankan serta sesi penghargaan kepada 24 penerima Geran Komuniti IPRK 3.0 telah berlangsung dan disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP.
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh warga pendidik dan komuniti dengan jumlah penyertaan mencapai hampir 200 orang. Pihak MBIP amat mengalu-alukan projek pendidikan, kesedaran dan gaya hidup rendah karbon yang bukan sekadar meningkatkan penyertaan masyarakat setempat malah memberi kesan jangka panjang kepada kelestarian alam sekitar.











PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri