KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
MAJLIS PRA PELANCARAN SIMULASI SISTEM SMART PARKING MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
31 Mac 2024 | Dewan Persidangan MBIP
Majlis Pra Pelancaran Simulasi Sistem Smart Parking MBIP telah diadakan pada hari ini dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP.
MBIP merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kedua di negeri Johor selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang melancarkan simulasi pelaksanaan pembangunan bandar pintar (Smart Parking) secara bersepadu di kawasan pentadbiran The Greater Johor Bahru.
Tempoh simulasi sistem smart parking terbahagi kepada dua fasa iaitu dari 1 hingga 30 april 2024
bagi fasa 1 yang melibatkan keseluruhan 32,025 petak parkir di kawasan pentadbiran MBIP secara percuma dan dari 1 hingga 31 Mei 2024 bagi fasa kedua melibatkan pembayaran melalui aplikasi Parkmax@MBIP, manakala perlaksanaan sepenuhnya adalah mulai 1 Julai 2024 yang melibatkan seluruh kawasan pentadbiran MBIP.
Penggunaan aplikasi Parkmax@MBIP memudahkan pengguna membayar caj tempat letak kenderaan melalui telefon pintar yang menjadikan proses pembelian e-kupon lebih mudah dan cepat.
Semoga dengan Pra Pelancaran Aplikasi Parkmax@MBIP dapat mempromosikan sistem tempat letak kenderaan pintar selaras dengan Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri 2035.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri