Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
LAWATAN EKSPLORASI ILMU MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima delegasi Lawatan Eksplorasi Ilmu dari Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) yang bertujuan mendapatkan perkongsian ilmu berkaitan fungsi jabatan, pengurusan komuniti/rakan strategik serta cabaran dan isu yang dihadapi dalam mendepani pembangunan masyarakat. Selain itu, lawatan ini juga adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan pengurusan pelancongan dan yayasan di MBIP.
Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP, YM Ungku Ahmad bin Ungku Hj. Mohd Zakaria menyambut baik delegasi MPPn yang diketuai oleh Ketua Jabatan Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPn, Encik Norazali bin Zainuddin dan Pengurus Yayasan Perbandaran Pontian, Encik Aizam bin Abdullah Hamid.
Sesi taklimat pengurusan komuniti disampaikan oleh Penolong Pengarah Kemasyarakatan/LA21, En. Shahril Izwan bin Abdullah manakala taklimat berkaitan pengurusan pelancongan disampaikan oleh Penolong Pengarah Korporat, En. Ahmad Zakwan bin Abdul Hamid. Sesi diteruskan dengan taklimat daripada Puan Siti Aishah bin Johari, Pengurus Yayasan Penyayang Iskandar Puteri berkaitan program dan bantuan yayasan.
Diharap jalinan kerjasama yang diwujudkan membawa hasil yang baik serta sesi perkongsian ilmu dan pendapat ini dapat menjadi sumber maklumat dalam memperkasakan pengurusan pembangunan masyarakat.