KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
    
​MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE ARAH PENSIJILAN STANDARD ISO 37001 : 2016 SISTEM PENGURUSAN ANTI - RASUAH (ABMS)




MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE ARAH PENSIJILAN STANDARD ISO 37001 : 2016
SISTEM PENGURUSAN ANTI - RASUAH (ABMS)

MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah) merupakan satu sistem yang dibentuk dan dibangunkan bagi membolehkan organisasi mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap apa sahaja bentuk rasuah dan mematuhi undang-undang, peraturan dan komitmen lain yang berkaitan. Melalui standard piawaian ini, MBIP perlu menerapkan polisi anti-rasuah, melantik seseorang untuk mengawasi pematuhan dan membuat penilaian risiko dan usaha wajar terhadap pihak berkepentingan.

Objektif pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-rasuah ini adalah bagi membantu MBIP membina kawalan sistematik sebagai langkah pencegahan serta bertindak sebagai semak dan imbang untuk memastikan pematuhan undang-undang yang berterusan. Selain itu, boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan MBIP dalam menguruskan risiko yang berkaitan dengan rasuah serta meningkatkan kesedaran tentang kesan rasuah terhadap organisasi.

Di samping itu, pelaksanaan sistem ini juga dapat membuktikan kepada pihak berkepentingan (stakeholders) serta memberikan keyakinan dan kepercayaan bahawa MBIP mempunyai amalan dan inisiatif anti-rasuah yang mencukupi dan dilaksanakan sebaiknya sekaligus menunjukkan komitmen MBIP terhadap amalan anti-rasuah.

Sehubungan itu, diharapkan usaha MBIP ke arah pensijilan MS ISO 37001:2016 ABMS ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan bagi mengurangkan risiko amalan rasuah berlaku di peringkat dalaman dan luaran.

#MajuJohor
#BangsaJohor Lihat Sedikit

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri