KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
PROGRAM SOLAT TARAWIH DAN MOREH BERSAMA KOMUNITI MUTIARA RINI
Program Solat Tarawih dan Moreh anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) kali terakhir bagi Ramadan 1445H telah diadakan bersama komuniti Mutiara Rini, Skudai.
Program telah dihadiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad; Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Norlisam bin Mohd Nordin, Ahli Majlis MBIP, En. Fakhrul Zafran bin Absl Kamarul Azman, serta Pengerusi Surau Jauharul Muttaqin, Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Bukhairah serta komuniti setempat.
Datuk Bandar MBIP turut mengambil peluang menyampaikan sumbangan daripada MBIP kepada Surau Jauharul Muttaqin, dan SWM Environment Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan 50 kotak makanan kepada golongan miskin, asnaf dan kurang berkemampuan di sekitar kawasan setempat sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat mereka.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat bulan mulia ini.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri