KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
     
BENGKEL TATACARA PELAKSANAAN INISIATIF PENAMBAHBAIKAN OSC 3.0 PLUS BAHARU DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Bengkel Tatacara Pelaksanaan Inisiatif Penambahbaikan OSC 3.0 Plus Baharu di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah diadakan dengan tujuan bagi memperhalusi dan menyelaraskan tiga (3) inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT dengan inisiatif sedia ada yang telah dilaksanakan di MBIP sebelum ianya mula ditimbal guna untuk pemakaian dan pelaksanaan di peringkat MBIP.
Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Khasanah Binti Sufa'at @ Supaat, Setiausaha MBIP, disusuli dengan pembentangan taklimat ringkas oleh En. Meor Syahrizan bin Sha @ Meor Sha, Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT dan diteruskan dengan sesi perbincangan berkumpulan.
Bengkel ini juga dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT iaitu Ar. Mohamad Nazli bin Ramli, dan En. Mohamed Firdaus bin Othman selaku Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT. Turut serta dalam bengkel tersebut, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai jabatan teknikal MBIP iaitu Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan, Jabatan Landskap, Jabatan Pelesenan, Unit Undang-undang dan Unit Pusat Setempat selaku urus setia program.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri