KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
BENGKEL FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2030
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Unit Satelit Bandar Pintar Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) selaku penasihat bagi penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Iskandar Puteri 2030 (SCIP 2030) telah mengadakan satu sesi Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bersama jabatan dalaman MBIP dan agensi luar. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memahami perkembangan makro berkaitan Bandar Pintar, menyemak ke atas pencapaian dan cabaran semasa MBIP dan agensi serta membangunkan projek / program strategik Pelan Tindalan Bandar Pintar Iskandar Puteri 2030.
Bengkel FGD ini juga merangkumi taklimat dan penerangan berkenaan Agenda Bandar Pintar MBIP yang telah disampaikan oleh Puan Gs. Fitri binti Abd Rahman selaku Ketua Unit Satelit Bandar Pintar Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dan Profile Infrastruktur Daersh Johor Bahru - MBIP yang telah disampaikan oleh En. Razaleigh bin Musa, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Negeri Johor. Seramai 60 orang peserta yang telah terlibat dalam bengkel FGD ini.
Diharapkan pelan tindakan ini akan merealisasikan Visi MBIP menjadi bandaraya pintar mampan sejahtera, dan mentransformasi kawasan pentadbiran MBIP menjadi lebih berdaya saing dan berdaya huni, serta lebih bahagia.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri