KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
LAWATAN KHEMAH PENEMPATAN SEMENTARA PENJAJA JALAN PULAI HARMONI, KANGKAR PULAI
Jabatan Pelesenan MBIP telah mengadakan lawatan ke Cadangan Khemah Penempatan Sementara Penjaja Jalan Pulai Harmoni 3, Kangkar Pulai bersama Ahli Majlis Kangkar Pulai, Encik Muhamad Farkhan Bin Mohd Haron serta Jabatan-Jabatan MBIP yang terlibat. Selain itu, diadakan juga perbincangan dan perjumpaan bersama penjaja-penjaja di sekitar Jalan Harmoni 3, Kangkar Pulai. Perjumpaan tersebut adalah bertujuan memberikan penerangan lebih lanjut mengenai cadangan tarikh pemindahan penjaja, susunan khemah penempatan, pengurusan sampah dan keperluan yang akan dulu dibantu oleh MBIP serta Ahli Majlis dan agensi-agensi berkaitan. Selain itu juga, Jabatan Kejuruteraan telah memberi penerangan berkaitan cadangan Kerja Membina Laluan Pejalan Kaki bagi menaiktaraf kemudahan serta tapak penjaja yang baharu bagi mengindahkan landskap di kawasan tersebut. Lawatan dan perjumpaan ini telah mendapat respons yang baik oleh kedua-kedua pihak, dan telah bersetuju tarikh pemindahan bermula 13 Mei sehingga 21 Mei 2024 ke penempatan Khemah sementara.
Lawatan telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelesenan, wakil jabatan-jabatan MBIP yang terlibat serta Wakil Ahli Parlimen Iskandar Puteri. Seramai 47 orang penjaja telah hadir dalam perjumpaan tersebut dan memberikan maklumbalas dan pandangan masing-masing bagi diperhalusi untuk tindakan pihak MBIP selanjutnya.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri