KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
SESI PEMERIKSAAN KESIHATAN PENGENDALI BAHAN KIMIA OLEH OCCUPATIONAL HEALTH DOCTOR (OHD)
MS ISO 45001:2018 adalah Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yang memfokuskan penjagaan kesihatan dan keselamatan kakitangan MBIP. Sistem pengurusan ini merangkumi peraturan, dasar, proses, pelan serta cara mengawal atau mencegah hazard dalam menjamin kesihatan dan keselamatan pekerja.
Sesi Pemeriksaan Kesihatan Pengendali Bahan Kimia Oleh Occupational Health Doctor (OHD) ini merupakan salah satu proses ke arah pensijilan standard ISO 45001:2018. Program ini akan dijalankan secara rutin setiap tahun berdasarkan jenis kerja yang dilakukan oleh kakitangan yang mempunyai kaitan dengan penggunaan bahan kimia.
Berdasarkan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000), 'Medical Surveillance' perlu dijalankan oleh OHD kepada warga kerja yang terlibat dengan pengendalian bahan kimia.
Antara kakitangan yang terlibat dalam pemeriksaan ini adalah kakitangan Jabatan Kesihatan Awam (Unit Kawalan Vektor) sepertimana cadangan utama dalam Laporan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri