KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
TAKLIMAT PROGRAM PEMERKASAAN PENDIGITALAN PENJAJA OLEH MAXIS
TAKLIMAT PROGRAM PEMERKASAAN PENDIGITALAN PENJAJA OLEH MAXIS
13 Mei 2024 | Bangunan Pejabat MBIP, Medini

Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah dibentangkan dengan cadangan pendigitalan penjaja di sekitar kawasan pentadbiran Iskandar Puteri oleh Syarikat Maxis Broadband Sdn. Bhd yang diketuai oleh Encik Hirman Bin Soh, Ketua Pengurus Wilayah Selatan, Maxis Broadband Sdn Bhd, dengan tujuan untuk memberi pendedahan perincian berkaitan cadangan kerjasama strategik antara MBIP dan Syarikat Maxis bagi pemerkasaan pendigitalan penjaja seterusnya meningkatkan kemudahan teknologi dan pemasaran penjaja.
Pembentangan daripada Syarikat Maxis Broadband Sdn. Bhd itu telah disambut baik oleh Jabatan Pelesenan yang diketuai oleh Puan Nurulain Binti Rahmat, Pengarah Pelesenan MBIP.
Diharapkan sesi pembentangan yang telah diadakan ini dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada MBIP, tetapi kepada semua pihak terutamanya penjaja dan penduduk di kawasan pentadbiran Iskandar Puteri.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri