Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
MAJLIS PELANCARAN ISKANDAR PUTERI FAST LANE (IPFL) DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN INISIATIF BAHARU PROSES DAN PROSEDUR KELULUSAN PELAN PEMAJUAN OSC 3.0 PLUS BAGI ZON SELATAN
MAJLIS PELANCARAN ISKANDAR PUTERI FAST LANE (IPFL) DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN INISIATIF BAHARU PROSES DAN PROSEDUR KELULUSAN PELAN PEMAJUAN OSC 3.0 PLUS BAGI ZON SELATAN
14 Mei 2024 (SELASA) / Dewan Utama MBIP, Medini
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Majlis Pelancaran Iskandar Puteri Fast Lane (IPFL) dan Taklimat Pelaksanaan Inisiatif Baharu Proses dan Prosedur Kelulusan Pelan Pemajuan OSC 3.0 Plus Bagi Zon Selatan.
Yang Berbahagia Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT bersama-sama Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP telah menyempurnakan majlis yang dihadiri seramai lebih 300 jumlah peserta yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Agensi serta Pihak Berkuasa Tempatan dan juga para pemaju / Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) daripada Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk menyebar luas pelaksanaan inisiatif Iskandar Puteri Fast Lane (IPFL) yang sedia ada dilaksanakan di MBIP serta inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT bagi menambahbaik kelancaran urusan perniagaan (Ease of Doing Business) di peringkat PBT.
MBIP menyambut baik usaha dan cadangan pelaksanaan inisiatif baharu ini memandangkan setiap penambahbaikan ini pastinya akan memberikan impak yang positif kepada MBIP sendiri selain dapat menarik para pelabur untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada di kawasan MBIP khususnya dan di Negeri Johor secara amnya.