Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
HEARING CONSERVATION PROGRAM
20 & 21 Mei 2024 ( Isnin dan Selasa )
Hari kedua program ini diikuti dengan pemeriksaan On-Site Audiometric Test Screening kepada pekerja yang terdedah kepada bunyi bising semasa bertugas.
Mengikut Tata Amalan Industri Bagi Pengurusan Pendedahan Bising Pekerja Dan Pemuliharaan Pendengaran 2019, sebelum ujian audiometrik dijalankan, pekerja hendaklah berada dalam tempoh senyap iaitu tidak boleh terdedah kepada paras bunyi melebihi 80 dB(A) untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 14 jam tanpa memakai Personal Hearing Protection (PHP).
Semasa sesi tersebut, seramai 50 orang pekerja telah disaring bagi mendapatkan bacaan permulaan (basement reading). Golongan pekerja adalah mengikut cadangan laporan Noise Risk Assessment (NRA) yang telah dijalankan serta mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bunyi Bising) 2019
Saringan ini akan terus dijalankan secara tahunan bagi memantau dan mengenalpasti risiko bunyi bising dan melindungi pekerja dari menghadapi masalah pendengaran akibat pekerjaan.