KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
BENGKEL PENILAIAN GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON 4.0
26-27 Mei 2024 | Ahad - Isnin
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama-sama rakan strategik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), dan SWM Environment Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel Penilaian Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 bersama 35 orang kakitangan MBIP pada 26 dan 27 Mei 2024 yang bertempat di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru.
Pembukaan geran ini telah memotivasikan penduduk di Iskandar Puteri dalam membudayakan gaya hidup rendah karbon seperti penjimatan air dan elektrik, pemerkasaan gaya hidup bebas sisa, mengamalkan pertanian kendiri serta pelbagai usaha rendah karbon yang bersesuaian. Melalui geran yang diperuntukkan untuk komuniti di kawasan MBIP ini membolehkan komuniti untuk melakukan program atau projek yang dapat meningkatkan kualiti hidup, sumber pendapatan tambahan, memelihara persekitaran, mengurangkan pembebasan karbon dan mensejahterakan komuniti sekitar
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan kakitangan MBIP dan rakan strategik MBIP (IRDA, UTM, JPNJ & SWM) dalam menentukan dan memilih permohonan untuk ke sesi penjurian akan datang. Permohonan terbahagi kepada lima kategori utama iaitu Infrastruktur Hijau dan Pintar, Pengurusan Sisa Mampan, Pertanian dan Sekuriti Makanan, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar serta Kejiranan Selamat. Sebanyak 87 permohonan telah dihantar bagi memohon geran tersebut.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri