KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
  
PROGRAM JOM BAYAR LESEN PENJAJA
PROGRAM JOM BAYAR LESEN PENJAJA
28 Mei 2024 (Selasa) | Pasar Awam Taman Universiti

Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Kewangan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama Encik Fakhrul Zafran Bin Absl Kamarul Azman, Ahli Majlis Zon Taman Universiti, telah mengadakan program turun padang JOM BAYAR LESEN PENJAJA di Pasar Awam Taman Universiti dengan tujuan memberikan peringatan & kemudahan kepada para peniaga bagi membuat bayaran lesen penjaja.

Sebuah Kaunter Bergerak juga telah disediakan di lokasi pasar awam tersebut bagi memberikan kemudahan kepada peniaga-peniaga pasar terus membuat bayaran tunggakan lesen masing-masing serta membuat semakan status lesen dan tunggakan lesen.

Komitmen para peniaga amat menggalakkan dan program ini akan diadakan secara berterusan dari masa ke semasa di lokasi-lokasi yang terpilih.
Terima kasih kepada semua peniaga yang terlibat dalam menjayakan Program JOM BAYAR LESEN PENJAJA.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri