KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
PROGRAM SEMARAK SUBUH 2024
Alhamdulillah Program Semarak Subuh telah berlangsung di Masjid Jamek Kampung Tiram Duku, Gelang Patah. Program ini dimulakan dengan solat subuh, bacaan 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, alunan selawat Tafrijiyyah seterusnya tazkirah ringkas bertajuk "Manfaat berselawat dalam kehidupan seharian".
YB ADUN Kota Iskandar, Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad bersama Penghulu Mukim Tanjung Kupang, En. Mohamad Faiz bin Mohd Pandi dan Ketua Kampung Tiram Duku, Abdul Jalal bin Idris hadir mengimarahkan Semarak Subuh.
Turut mengimarahkan program ini adalah Ahli Majlis MBIP Zon Kota Iskandar, Tuan Haji Yusof bin Ahmad; Pegawai MBIP, En. Ruziman bin Rahmat dan En. Shahril Izwan bin Abdullah; Pelajar Madrasah Tahfiz Az Zahrah (MATAZ) serta kariah sekitar Mukim Tanjung Kupang.
Sumbangan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri disampaikan oleh YB ADUN Kota Iskandar kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid sebagai tanda penghargaan.
Semoga sentiasa istiqamah mengimarahkan semarak subuh.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri