Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
LAWATAN PENANDAARASAN BANDAR PEMBELAJARAN UNESCO KE MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
Sebagai langkah awal ke arah pengiktirafan Bandar Pembelajaran oleh UNESCO, Sekretariat Bandar Pembelajaran Iskandar Puteri (IPLC) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya, iaitu bandar pembelajaran yang telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2019 sebagai salah satu sesi penandarasan bandar pembelajaran.
dengan diketuai YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP, Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP merangkap Ketua Sekretariat IPLC, Encik Fakhrul Zafran bin ABSL Kamarul Azman dan Encik Nobli bin Mohd Nassir, Ahli Majlis MBIP dan ahli-ahli sekretariat IPLC.
Turut menerima kehadiran lawatan delegasi MBIP adalah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, Yang Berbahagia Tuan Aznan bin Hj. Hassan, Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Ts Samsul Bahari bin Nonchi, Ketua Sekretariat Petaling Jaya Learning City dan pengarah-pengarah MBPJ.
Sekretariat IPLC telah dibawa ke pusat-pusat pembelajaran sekitar petaling jaya yang boleh memberi idea ke arah pengiktirafan bandar pembelajaran iaitu PJ Eco Recycling Plaza, Pusat Pertanian Bandar MBPJ (Greenhouse Hidroponik dan Akuakultur), Kompleks Sukan Arena PJ, dan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.