KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
PROGRAM RURAL UNITY & MENTORING FOR ORANG ASLI HERITAGE 2024 (RUMAH '24) ANJURAN BERSAMA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) DAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan Program Rural Unity & Mentoring For Orang Asli Heritage 2024 (RUMAH '24).
Program ini bertujuan untuj memupuk semangat kepimpinan dan kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa yang terlibat melalui pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat Orang Asli serta melatih mahasiswa berinteraksi dengan komuniti luar bandar yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, budaya dan pendidikan.
Program diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar, bersama Puan Hajah Zainab binti Bakar, Ahli Majlis Zon Leisure Farm, dan Tok Batin Nori Kasi selaku pemimpin masyarakat Kampung Orang Asli Simpang Arang.
Turut hadir pegawai dari MBIP, En. Ruziman bin Rahmat, En. Shahril Izwan bin Abdullah, Pn. Nurul Natasha Roslan dan Pn. Nurfaizzah Juhari.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan bersama masyarakat Orang Asli seperti membuat popia goreng, saringan kesihatan dari Pusat Kesihatan UTM, reruai JPN, sukaneka rakyat, malam kebudayaan serta memasak (rewang) bersama komuniti.
Komuniti juga didedahkan dengan penanaman secara hidroponik melalui Aktiviti Bumi Hijau. Masyarakat dapat belajar sesuatu yang baru dalam ilmu pertanian kebun komuniti.
Hampir 200 orang komuniti turut sama menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai agensi/jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Sekolah Agama Kampung Simpang Arang. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Ikram Negeri Johor dan syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. juga terlibat memberikan sokongan penaja dalam program ini.

















PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri