KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
TINDAKAN MEROBOH STRUKTUR BINAAN GARAJ DI KAWASAN RUMAH PANGSA BLOK 50 dan 52, TAMAN UNGKU TUN AMINAH.
TINDAKAN MEROBOH STRUKTUR BINAAN GARAJ DI KAWASAN RUMAH PANGSA BLOK 50 dan 52, TAMAN UNGKU TUN AMINAH.

TARIKH : 19 JUN 2024
LOKASI : BLOK 50 dan 52, TAMAN UNGKU TUN AMINAH

Pihak MBIP telah membantu Perbadanan Pengurusan (MC) untuk menjalankan Operasi Meroboh Binaan Struktur Garaj dan Kerja-Kerja Pembersihan di lokasi Blok 50 dan 52, Taman Ungku Tun Aminah bersama Ahli Majlis MBIP Zon Tun Aminah; Puan Chuah Lee Hui, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasaan MBIP.
Melalui siasatan yang telah dijalankan, masih terdapat beberapa struktur binaan garaj di lokasi aduan yang masih tidak mematuhi notis halangan awam yang telah dikeluarkan oleh pihak Perbadanan Pengurusan (MC) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.
Struktur binaan garaj telah dibina oleh penduduk di kawasan larangan yang melibatkan kawasan harta bersama. Struktur binaan tersebut juga telah menghalang laluan kepada pintu masuk IWK serta menghalang kerja-kerja penyelenggaraan kolam IWK.
MBIP ingin menasihatkan kepada semua pemilik/pembeli petak strata untuk tidak membuat sebarang binaan tanpa kebenaran yang melanggari Undang-Undang yang termaktub di dalam Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Undang-Undang Kecil, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata 2015 (Pengurusan & Penyenggaraan).













PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri