KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
NOTIS ARAHAN BERPINDAH PENJAJA JALAN PERSIARAN PERLING 1
NOTIS ARAHAN BERPINDAH PENJAJA JALAN PERSIARAN PERLING 1
19 Jun 2024 (Rabu) | Taman Perling

Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan MBIP telah menyerahkan notis arahan berpindah kepada penjaja-penjaja Jalan Persiaran Perling 1 ke Dataran Niaga, Jalan Camar Perling yang akan berkuatkuasa pada 2 Julai 2024 (Selasa). Turut hadir bersama dalam sesi serahan notis tersebut, Encik Mohamed Kamalruzaman Bin Esa, Ahli Majlis Zon 24 Perling.

Perpindahan penjaja ini bertujuan untuk menempatkan penjaja ke kawasan Penjaja Berpusat bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas, serta menjaga keselamatan penjaja dan orang ramai.

Selain itu, aktiviti turun padang JOM BAYAR LESEN PENJAJA akan dilaksanakan bersama Jabatan Kewangan MBIP di Dataran Niaga, Jalan Camar, Taman Perling pada 2 Julai 2024 (Selasa) Mulai Jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dengan penyediaan Kaunter Bergerak di lokasi tersebut bagi memberikan kemudahan kepada peniaga-peniaga terus membuat bayaran lesen penjaja masing-masing.

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberikan peringatan & kemudahan kepada peniaga-peniaga untuk membuat bayaran lesen penjaja.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri