KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Jun 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
OPERASI PEMERIKSAAN LESEN NIAGA PASAR AWAM PERSENDIRIAN TAMAN UNGKU TUN AMINAH
OPERASI PEMERIKSAAN LESEN NIAGA PASAR AWAM PERSENDIRIAN TAMAN UNGKU TUN AMINAH
21 Jun 2024 (Jumaat) | Taman Ungku Tun Aminah

Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan MBIP bersama
Puan Chuah Lee Hui, Ahli Majlis Zon 20 Tun Aminah, telah membuat pemeriksaan lesen di Pasar Awam Persendirian TUTA. Hasil operasi pemeriksaan lesen, telah mengeluarkan 22 Notis Henti Niaga kepada peniaga yang masih tiada lesen perniagaan.

Tindakan telah diambil dengan meminta peniaga untuk membuat permohonan lesen dan menyediakan dokumen yang diperlukan semasa aktiviti turun padang JOM BUAT LESEN yang akan dilaksanakan di Pasar Awam Persendirian TUTA yang dijangka pada 23 dan 24 Julai 2024 (Selasa dan Rabu) Mulai Jam 10.00 pagi hingga Jam 3.00 petang dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kewangan MBIP dengan menyediakan Kaunter Bergerak di lokasi tersebut bagi memberikan kemudahan kepada peniaga-peniaga terus membuat bayaran lesen penjaja masing-masing.

Aktiviti ini dilaksanakan bagi tujuan memberikan peringatan & kemudahan kepada peniaga-peniaga untuk membuat permohonan dan pembayaran lesen penjaja.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri